Majlis berbuka puasa dilakukan di Dewan Tun Abd Razak untuk pelajar, guru-guru, staff-staff dan tetamu-tetamu lain. Makanan disediakan oleh dewan makan dan dipesan dari peniaga luar contohnya ayam golek dan murtabak.
Sambutan hari guru ringkas telah diadakan selepas selesai Khatam Al-Quran. Ianya dipengerusikan oleh Ustaz Azrul. Ucapan diberikan oleh wakil pelajar, Saudara Amiruddin dan wakil guru Ustaz Shamsuri Bin Sahamsudin (Pengetua SMAM). Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada guru dilaksanakan. Majlis berakhir pada jam 6.40 petang.