Peperiksaan pertengahan tahun diteruskan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 bermula dari jam 7.40 pagi. Semoga berjaya menjawab dengan baik. InsyaALLAH.
Perhimpunan bermula dari jam 7.15 pagi di tapak perhimpunan bersebelahan Dewan Tun Abd Razak. Guru bertugas untuk minggu ini ialah Cikgu Asmar dan Ustaz Khairun Nas. Selamat kembali ke SMAM kepada semua warga SMAM.
Admin mengucapkan selamat kembali ke SMAM kepada semua warga SMAM yang akan memulakan persekolahan pada hari esok, Selasa 11 Jun 2019. Pelajar-pelajar asrama pula diwajibkan pulang ke asrama pada hari ini Isnin 10 Jun 2019 sebelum jam 6.00 petang. Semoga kita mampu menharungi sesi persekolahan dengan lebih bersemangat selepas cuti hari raya Aidilfitri. SELAMAT KEMBALI KE SMAM.
Bersama kita mencontohi tokoh ini dari segi keberanian dan ketinggian iman dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w. dan menegakkan syiar islam di atas muka bumi ALLAH ini. InsyaALLAH. Aamiiin.