Pembentangan sirah dan hadis oleh wakil kelas 1M dan 1S telah dilaksanakan, Diharapkan semua maklumat yang diberikan dapat meningkatkan ilmu semua yang mendengar. InsyaALLAH.
Perhimpunan pagi Selasa 18 Jun 2019 bermula dari jam 7.15 pagi dengan nyanyian Asma Ul-Husna, bacaan Al-Quran dan Ucapan oleh Guru Bertugas, Cg Wan Amran. Seterusnya program pembentangan Hadis dan Sirah oleh wakil 1M dan 1S. Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Saudara Afiq Fahmi.
Satu perjumpaan ringkas antara pelajar-pelajar ASPURA dengan Ustazah Aisyah telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak selepas selesai perhimpunan rasmi Isnin untuk membincangkan isu-isu yang berkait dengan Dewan Makan SMAM dan ASPURA.
Ustaz Azrul selaku warden ASPURA telah memberikan taklimat ringkas mengenai peraturan ASPURA disertakan dengan penegasan hukumkan kepada pelajar-pelajar yang gagal mematuhi peraturan tersebut pada hari Isnin 17 Jun 2019.