Pemantauan 4K oleh pasukan pemantau 4K telah hadir ke SMAM pada hari Isnin 5 Ogos 2019. Satu sesi pembentangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMA Maran.
Satu sesi gotong royong perdana telah diadakan pada hari Sabtu 3 Ogos 2019 untuk memastikan SMAM dalam keadaan Bersih, Ceria dan selamat untuk pemantauan pertandingan 4K SMAN yang akan berlangsung pada Ogos ini.
Alhamdulillah, peperiksaan percubaan SPM dan SMA telah berjaya dijalankan pada bulan Julai 2019. Semoga ianya akan dapat mencetuskan semangat baru untuk menghadapi peperiksaan awam ini dikalangan pelajar-pelajar SMA Maran. InsyaALLAH.
Alhamdulillah, satu pasukan pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Maran telah berkunjung ke SMA Maran pada hari Khamis 18 Julai 2019 untuk memeriksa pelajar-pelajar yang disyaki mengalami masalah kudis buta. Pelajar-pelajar telah dikumpulkan di Bilik Komputer untuk pemeriksaan oleh pegawai-pegawai kesihatan Maran. Alhamdulillah.