Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2018"

Papar Artikel

Mesyuarat Perlaksanaan Bengkel Tahsin Al-Quran 2018

        Satu mesyuarat ringkas untuk perlaksanaan Bengkel Tahsin Al-Quran telah diadakan di bilik mesyuarat SMAM yang telah dihadiri oleh semua guru bermula dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang Isnin 16 April 2018. Bengkel ini akan diadakan pada Jumaat 20 April 2018 dan akan berakhir pada hari Ahad 22 April 2018. Mesyuarat ringkas ini adalah untuk memaklumkan gerak kerja yang akan diambil oleh ajik-ajk yang terlibat.

Tag: tahsin 2018

Papar Artikel

KONPIP 2018

    Program Konvensyen Pelajar-pelajar Islam Pahang (KONPIP) 2018 telah diadakan di SMA Al-Wosto dari Jumaat 13 April 2018 hingga Ahad 15 April 2018. 10 orang pelajar SMAM turut sama menghadiri program ini. Semoga perogram ini dapat memberikan input terbaik untuk pelajar SMAM khasnya untuk dikongsikan di SMAM bersama-sama pelajar lain. InsyaALLAH.

Tag: KONPIP 2018

Papar Artikel

Perjumpaan Asrama SMAM 2018

     Perjumpaan antara pelajar-pelajar asrama SMAM dan para pentadbir dan warden-warden telah diadakan pada hari Jumaat 13 April 2018, selepas perhimpunan pagi. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan asrama yng memerlukan perhatian segera. Perjumpaan tamat pada pukul 8.50 pagi,

Tag: asrama 2018

Papar Artikel

Tahlil Untuk Arwah Cikgu Abdullah

   Satu tahlil ringkas telah diadakan untuk Cikgu Abdullah yang diadakan selepas selesai bacaan Al-Quran beramai-ramai di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada Jumaat 13 April 2018. Tahlil diketuai oleh Ustaz Farek. Semoga ALLAH mengampuni semua dosa cikgu Abdullah dan menempatkannya di kalangan orang-orang beriman. InsyaALLAH.

Tag: cg abdullah 2018