Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2018"

Papar Artikel

Pertandingan Ilmiah MASISUPA SMAM 2018

   Pertandingan untuk acara ilmiah MASISUPA SMAM telah diadakan pada hari Jumaat 2 Februari 2018. Sebagaimana pertandingan sukan juga, pertandingan ini akan digunakan sebagai asas untuk memilih peserta-peserta yang akan mewakili sekolah ke peringkat Zon 2 yang akan diadakan di Pulau Tawar pada 22 Februari 2018. Semoga pemilihan akan menjadi lebih tepat dan menyeluruh. InsyaALLAH

Tag: ILMIAH MASISUPA 2018

Papar Artikel

Pertandingan Sukan MASISUPA SMAM 2018

   Alhamdulillah, pertandingan sukan MASISUPA SMAM 2018 telah berjaya dijalankan bermula pada petang hari Rabu 31 Januari 2018 dan berakhir pada pukul 6.00 petang hari Khamis 1 Januari 2018. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola jaring, bola sepak, takraw, bola tampar, memanah,badminton, ping pong dan catur. Pertandingan berlaku dalam suasana penuh meriah dan penuh semangat kesukanan. Tahniah.

Tag: MASISUPA 2018 SMAM

Papar Artikel

Mesyuarat Terakhir Rumah Sukan Sebelum MASISUPA SMAM

   Mesyuarat terakhir rumah sukan untuk persediaan MASISUPA SMAM telah diadakan di kelas-kelas yang telah ditetapkan untuk memberi ruang kepada setiap rumah untuk membuat persediaan terakhir sebelum pertandingan bermula pada petang Rabu 3.30 petang 31 Januari 2018. Setiap rumah telah membuat penyelarasan terakhir dari semua segi. Tahniah diucapkan kepada semua rumah sukan.

Tag: mesyuarat 2018