Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

IFTAR JAMA'EI PERDANA SMAM MARAN 1447H / 2026M

   Majlis diadakan pada 24 Ramadhan bersamaan 14 Mac 2026 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM dan sekitarya. Majlis bermula pada jam 6.00 petang, Selain daripada sajian utama yang disediakan oleh Dewan Makan SMAM, lauk pauk dan kuih muih juga dibawa oleh ibubapa dan guru secara "Potluck" untuk dimakan bersama-sama. Suasana cukup meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa penjaga. Selesai berbuka solat Maghrib berjemaah diadakan dan selepas itu para hadirin dihibur dengan persembahan qasidah dari pelajar, dan ditutup dengan solat Isyak dan Terawih secara berjemaah.

Tag: SMAM 2026

0 komen

Sila berikan komen anda di sini