Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2017
Majlis watikah perlantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Hafiz bin Mohd Noor Pegawai Perhubungan Polis Sekolah pada 23 Januari 2017 hari Isnin Jam 8.00 pagi di Dewan Tun Abdul Razak SMA Maran. Harapan sekolah agar semua pengawas yang dilantik dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
ORIENTASI PELAJAR-PELAJAR ASRAMA 2017
Alahamdulillah sesi pendaftaran pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Maran sudah pun selesai. Oleh itu, orientasi asrama telah diadakan pada minggu pertama melibatkan pelajar-pelajar aspura dan aspuri iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Beberapa aktiviti telah dijalankan pada program tersebut.
Diantara program yang telah dijalankan adalah pelantikan ahli jawatankuasa asrama, sesi ta'aruf bersama warden-warden serta...
Diantara program yang telah dijalankan adalah pelantikan ahli jawatankuasa asrama, sesi ta'aruf bersama warden-warden serta...
PROG AKHIR TAHUN 2016 : PROG. PENINGKATAN DAN PENGUASAAN BAHASA ARAB
Bagi memenuhi hari-hari terakhir persekolahan, Program Peningkatan dan Penguasaan Bahasa Arab juga telah diadakan yang mana melibatkan semua pelajar tingkatan 1 - 4. Program tersebut telah diadakan di surau aspura melibatkan beberapa orang panel jemputan khas. Gambar di atas menunjukkan panel jemputan yang mana tiga orang dari Iraq dan seorang dari Palestin. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut adalah seperti penerangan tentang...
PROG AKHIR TAHUN 2016 : KURSUS PENYEMBELIHAN AYAM
Pihak sekolah telah menyusun pelbagai aktiviti akhir tahun sebelum berakhirnya sesi persekolahan. salah satunya adalah kursus penyembelihan ayam yang telah diadakan pada 23/11/2016. Program tersebut melibatkan semua pelajar dari tingkatan 1 - 4. Gambar di atas menunjukkan tuan pengetua Ustaz Shamsuri telah merasmikan penyembelihan ayam yang pertama serta dibantu oleh pelajar lain. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam melaksanakan program...