Barang-barang sumbangan kepada mangsa kebakaran 7.2.2017(selasa)
Barang-barang sumbangan daripada orang ramai kepada mangsa kebakaran aspuri SMA Maran pada 7.2.2017(selasa). Semoga dapat mengurangkan beban mangsa dan keluarga. Terima kasih diucapkan kepada penderma, hanya Allah jua yang dapat membalas jasa dan budi baik tuan-tuan dan puan-puan.
Mohon disegerakan binaan asrama baru
YDP PIBG Dato' Haji Mohd Shahaimi bin Osman mengharapkan supaya pembinaan bangunan asrama puteri yang baru dapat disegerakan akibat kebakaran pada 7.2.2017 yang lalu.
Sumbangan kebakaran 7.2.2017 (selasa)
Terima kasih yang tidak terhingga pihak SMA Maran ucapkan kepada mereka yang telah menyumbang dan yang datang menziarahi kami. Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan budi baik tuan-tuan dan puan-puan.Jazakallah.
Bantuan mangsa kebakaran 7.2.2017 (selasa)
Bantuan mangsa kebakaran telah disampaikan oleh Timbalan yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan dan YB Dato' Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-Tugas Khas Negeri.Terima kasih yang tidak terhingga pihak SMA Maran ucapkan kepada YH Dato' dan YB Dato' yang telah menyumbang dan yang datang menziarahi kami. Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan...