Science Is Fun
Perlaksanaan konsep "hands On" dalam pembelajaran Sains boleh meningkatkan minat pelajar untuk belajar subjek Sains yang biasanya dianggap sebagai antara subjek yang sukar di sekolah. Antara kaedah "hands on" yang boleh diguna pakai ialah kaedah eksperimen yang bukan sahaja menarik minat pelajar tetapi akan turut sama menambahkan daya ingatan dan kefahaman pelajar tentang fakta atau teori yang dipelajari.
"Spot Check" Perdana 2018
Satu sesi "spot Check" perdana peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 19 April 2018. Program ini bermula dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Program ini bertujuan untuk mencari barang-barang terlarang yang dibawa ke sekolah. Ini adalah untuk menguatkuasakan peraturan sekolah sedia ada. Semoga program ini akan dapat meningkatkan tahap disiplin di SMAM.
Kuliah Dhuha Masjid Asy-Syakirin
Alhamdulillah pada pagi Khamis 19 April 2018, seramai 30 orang pelajar perempuan SMAM telah terpilih untuk menyertai Kuliah Dhuha yang diadakan di Masjid As-Syakirin Maran yang bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Semoga program ini dapat meningkatkan kerohanian pelajar-pelajar SMAM.
Gotong Royong 4K kali pertama 2018
Pada petang hari Rabu 18 April 2018, telah diadakan gotong royong 4K kali pertama di sekitar kawasan ASPURA dan ASPURI. Program ini diselaraskan oleh Cikgu Izzah selaku SU 4K dan Ustaz Azrul selaku SU Kebersihan 4K. Program bermula dari pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Tahniah kepada semua yang terlibat.