Perhimpunan Pagi 10 Januari 2019
Perhimpunan pagi Khamis 10 Januari menyaksikan perlaksanaan program bacaan Al-Quran berjemaah dan bacaan Hiwar dwibahasa (Thobur Sobahi). Program ini akan menjadi rutin di semua perhimpunan pagi hari Selasa hingga Khamis. InsyaALLAH.
Mesyuarat Pertama Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM)
Mesyuarat pertama untuk Kokurikulum dan HEM sesi 2019 telah diadakan pada pukul 3.15 hingga 5.30 petang Rabu 9 januari 2019. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua ini membincangkan program-program untuk Kokurikulum dan HEM di sepanjang tahun 2019. Semua guru menghadiri mesyuarat ini.
Perhimpunan pagi 9 Januari 2019 - Permulaan Program Hiwar Pusat Bahasa (Thobur Sobahi)
Program Hiwar Dwibahasa Arab dan English telah dimulakan dalam perhimpunan pagi Rabu 9 Januari 2019. Program ini akan diteruskan dalam perhimpunan pagi bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar SMAN. InsyaALLAH.
Perhimpunan Pagi 8 Januari 2019
Perhimpunan 8 januari 2019 bermula pada 7.15 pagi dimulakan dengan nyanyian Asma Ul Husna, bacaan Al-Quran berjemaah dan ditutup dengan ucapan oleh GPK HEM Ustazah Azifah.