Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Kreativiti Teknik Pengajaran

       Untuk menjadikan sesi PdP lebih menarik, guru-guru menggunakan kreativiti masing-masing untuk mewujudkan suasana yang lebih ceria dan kondusif kepada pelajar. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah belajar di tempat yang bukan konvensional iaitu kelas tetapi di kawasan sekitar sekolah yang sesuai. Tempat-tempat ini boleh menggalakkan minat pelajar dan menyediakan keperluan fisiologi yang lebih baik seperti pencahayaan dan udara yang lebih segar. Secara amnya...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Study Weeks Sains Tingkatan 1

     Sebagai satu langkah persediaan untuk menyediakan pelajar-pelajar tingkatan 1 mengahadapi peperiksaan akhir tahun 2018 subjek Sains, 4 minggu diperuntukkan kepada pelajar-pelajar sebagai STUDY WEEK dimana guru menjalankan aktiviti ulangkaji secara terkawal di dalam kelas. Semoga ini akan membantu pelajar untuk lebih fokus dalam ulangkaji mereka. InsyaALLAH.

# lebih banyak gambar boleh dilihat atau di download di galeri-foto- Study Week Sains Tingkatan 1 2018

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Peperiksaan PT3 Sudah Berakhir

    Alhamdulillah, pada jam 10.10 pagi Khamis 4 Oktober, tamatlah sudah peperiksaan PT3. Semua calon nampaknya dalam keadaan gembira keluar dari Dewan Tun Abd Razak selepas semua kertas soalan telah dikutip. Semoga kejayaan memihak kepada semua calon PT3 SMAM 2018. InsyaALLAH.

#Nota: Kepada yang ingin melihat atau mendownload foto-foto hari terakhir PT3 sila klik galeri - foto - PT3 Tamat 2018.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Pondok Bacaan SMAM Dinaik Taraf

      Pada hari Isnin 1 Oktober 2018, kerja naik taraf pondok-pondok bacaan di sekitar SMAM telah dijalankan oleh staff-staff sekolah iaitu Encik Nizam, Encik Shamsul dan Encik Napi. Semua meja-meja batu sedia ada telah dipasang dengan payung berwarna warni yang membolehkan pelajar-pelajar menggunakannya sepanjang waktu walau pun hari panas atau hujan. Ini menjadikannya lebih kondusif dan selesa untuk pelajar-pelajar menggunakannya sebagai tempat bacaan atau beristirehat....

Tag: SMAM 2018