Sekolah Menengah Agama Rompin

26800 Kuala Rompin, Pahang

Papar Artikel

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

Sma Rompin telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform peringkat sekolah bertempat di Kompleks Sukan Air Rakan Muda, Pantai Bernas Rompin.
   Program ini telah diadakan selama 3hari 2malam bermula hari Jumaat (30 Ogos) sehingga Ahad (1 September). Seramai 25 orang setiap unit beruniform diwajibkan menghantar wakil untuk menyertai Program ini.
  Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang peserta keseluruhannya daripada Kadet Bomba, Puteri Islam, Bulan Sabit...

Tag: #smarompin #perkhemahanunituniform

Papar Artikel

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis perasmian bulan merdeka telah berlangsung pagi tadi Isnin, 26 Ogos 2019 di Dewan Mahkota. Majlis ringkas yang berlangsung sewaktu perhimpunan pagi itu dijayakan oleh pelajar Tingkatan 3 dan 1.
   Persembahan dimulakan dengan dialog merdeka oleh dua orang pelajar kemudian diselangi dengan nyanyian lagu Warisan oleh pelajar tingkatan 1.
   Persembahan lagu Negaraku pula disampaikan oleh barisan pelajar lelaki Tingkatan 3 dan majlis diakhiri dengan persembahan koir lagu...

Tag: #smarompin #bulanmerdeka #harimerdeka

Papar Artikel

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI

Sambutan hari raya peringkat sekolah disambut dengan meriah hari ini dimana setiap pelajar dan guru telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga gerai juadah masing-masing. Pelajar dan guru bergilir-gilir merasai kelazatan menu-menu yang biasanya dihidangkan di hari raya seperti Lontong, Ketupat dan Rendang. Banyak menu yang menarik dihidangkan sambil diserikan lagi dengan selingan lagu-lagu raya lama dan baru. Majlis turut dihadiri wakil pekerja kebersihan, Pegawai Perhubungan Awam sekolah dan...

Tag: #smarompin #jamuanraya #sambutanaidilfitri

Papar Artikel

PERTANDINGAN GERAI TERCANTIK

Sempena sambutan Hari Raya peringkat sekolah yang diadakan hari ini, Khamis (13.06.19) pihak penganjur telah mengadakan pertandingan gerai tercantik dan menarik. Pertandingan tersebut diadili oleh Ydp Pibg dan Pegawai Perhubungan Awam Sekolah. Berikut merupakan senarai pemenang:
   
Tempat Pertama: Gerai Tingkatan 5 (Bubur Jagung dan Bubur Kacang)
Tempat Kedua: Gerai Tingkatan 3 (Aiskrim)
Tempat Ketiga: Gerai Asrama (Nasi Minyak Gulai Daging)

Beberapa gerai lain yang terlibat adalah:
...

Tag: #smarompin #jamuanraya