
MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN & 4K PERINGKAT SEKOLAH
3 Mac 2025 | 2 Ramadan 1446H
Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan & 4K di Sekolah Menengah Agama Rompin telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Sukri bin Mohamed Sodin, AMP, selaku Pengetua SMAR. Majlis ini bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan dalam kalangan warga sekolah serta menggalakkan budaya 4K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan & Kesihatan) sebagai amalan harian. Semoga program ini membawa keberkatan dan melahirkan warga sekolah yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab serta menghayati nilai-nilai murni sepanjang bulan Ramadan.
0 komen