Sekolah Menengah Agama Rompin

26800 Kuala Rompin, Pahang

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI SESI 2025

Pada 17 Februari 2025M bersamaan 18 Syaaban 1446H, sesi persekolahan tahun 2025 di Sekolah Menengah Agama Rompin telah bermula dengan penuh semangat! Para pelajar melangkah masuk ke sekolah dengan wajah ceria, bersedia untuk menimba ilmu dan mencipta kejayaan. Suasana meriah dapat dirasai dengan kehadiran guru-guru yang sentiasa bersemangat membimbing anak-anak didik.
Majlis hari pertama ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Norshazlin Binti Che Adnan dari Balai Polis Daerah Rompin, yang memberikan kata-kata semangat serta peringatan kepada pelajar tentang kepentingan disiplin dan keselamatan. Semoga tahun ini membawa lebih banyak keberkatan dan kejayaan buat semua.

Tag: #ManJaddaWaJada #SMAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini