
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PERINGKAT SMA ROMPIN TAHUN 2024
ROMPIN, 16 JANUARI 2025 / 16 REJAB 1446H
Sekolah Menengah Agama Rompin telah mengadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan peringkat SMAR 2024.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Hj Mohd Johari bin Hj Hussain, ADN Tioman. Turut hadir ke majlis ini Puan Aaiyah binti Ismail yang mewakili KPP Bhg Pendidikan JAIP dan Ustaz Azman yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Rompin.
Manakala beberapa orang tetamu yang lain turut hadir bagi memeriahkan majlis iaitu Us Mohd Amir Abd Ghani, Imam Masjid Tengku Mahkota Abdullah yang mewakili Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin, Penghulu Mukim Kuantan, Pengerusi JPKK Kuala Rompin serta lbubapa para penerima. Pada Majlis ini seramai 108 pelajar telah diraikan dan diberikan penghargaan.
0 komen