Sekolah Menengah Agama Rompin

26800 Kuala Rompin, Pahang

Papar Artikel

PROGRAM CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN

25 JUN 2025 | RABU
Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi

Hari ini berlangsungnya Program Ceramah Kesihatan Pergigian melibatkan semua pelajar sekolah. Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan mulut.

Menariknya, pelajar Tingkatan 1 turut menjalani latihan praktikal menggosok gigi selepas ceramah. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Senyum sihat, senyum ceria!

Tag: #ManJaddaWaJada #SMAR #KesihatanPergigian #ProgramSekolah #SenyumanSihat

Papar Artikel

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SESI 2025

19 JUN 2025 | KHAMIS

Hari yang penuh warna dan nostalgia! Sambutan Hari Guru kali ini bertemakan Back to School, menyaksikan para guru kembali menjadi “pelajar” dengan pelbagai aktiviti menarik dan pakaian seragam sekolah yang mencuit hati.

Terima kasih atas jasa dan pengorbanan guru-guru yang terus mendidik dengan penuh dedikasi. Selamat Hari Guru!

Tag: #HariGuru2025 #BackToSchool #TerimaKasihCikgu #ManJaddaWaJada #SMAR

Papar Artikel

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SESI 2025

Seluruh warga Sekolah Menengah Agama Rompin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun mulai minggu ini.

Semoga para pelajar dapat menjawab soalan dengan tenang, berkeyakinan, dan berintegriti. Teruskan usaha dan berdoalah agar kejayaan sentiasa mengiringi langkah kalian.

Tag: #ManJaddaWaJada #SMAR

Papar Artikel

MAJLIS PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2024

24 APRIL 2025 | KHAMIS | DEWAN MAHKOTA

Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2024 atas pencapaian masing-masing. Semoga kejayaan hari ini menjadi langkah pertama ke arah masa depan yang cemerlang.

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan warga sekolah yang sentiasa memberi sokongan.

Tag: #ManJaddaWaJada #SMAR #SPM2024