Sekolah Menengah Agama Rompin

JUALAN AMAL RAMADHAN

Sempena bulan Ramadhan ini, Ahli 'Access Program' Sekolah Menengah Agama Rompin telah mengadakan jualan amal berbentuk piza dan burger ayam.
  Setiap RM1 daripada hasil jualan tersebut akan dikumpulkan dan didermakan kepada ahli-ahli 'Access Program' yang kurang berkemampuan.
  Jualan piza mengikut size bermula pada harga RM5, RM8 dan Rm10 manakala burger ayam RM5. Sambutan daripada guru-guru dan pelajar SMAR terhadap jualan amal ini amatlah membanggakan. 
  Tahniah kepada ahli Access kerana berjaya mengadakan program yang berbentuk kemasyarakatan ini dan memberi peluang kepada warga SMAR untuk bersedekah di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah dan syabas!

Tag: #smarompin #ramadhan #jualanamal

0 komen

Sila berikan komen anda di sini