Sekolah Menengah Agama Rompin

26800 Kuala Rompin, Pahang

Papar Artikel

MAJLIS RESTU PT3

Isnin ini 30 September 2019, maka bermulalah Pentaksiran Tingkatan 3 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh negara. Majlis restu ilmu bagi pelajar tersebut telah diadakan di Dewan Mahkota jam 9.00 pagi.
  Majlis diserikan dengan amanat terakhir guru-guru matapelajaran, ikrar pelajar dan doa keberkatan dalam menduduki peperiksaan.
  Semoga pelajar tingkatan 3 2019 diberi kemudahan dalam menghadapi peperiksaan dan semoga mereka peroleh kejayaan.

Tag: #smarompin #pt3smarompin

Papar Artikel

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ HABIB

Tahniah dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada Ustaz Habib Mustakim b Ibrahim kerana telah dilantik ke perjawatan tetap DG41. Beliau bakal bertukar ke SMA Bukit Ibam bermula Isnin ini 30 September 2019.
    Warga Sma Rompin mengharapkan Ustaz diberi kemudahan dan kesenangan berada di tempat baru. Jangan lupakan kami.

Tag: #smarompin #perpisahanustazhabib