Sekolah Menengah Agama Rompin

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

Sma Rompin telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform peringkat sekolah bertempat di Kompleks Sukan Air Rakan Muda, Pantai Bernas Rompin.
   Program ini telah diadakan selama 3hari 2malam bermula hari Jumaat (30 Ogos) sehingga Ahad (1 September). Seramai 25 orang setiap unit beruniform diwajibkan menghantar wakil untuk menyertai Program ini.
  Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang peserta keseluruhannya daripada Kadet Bomba, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah.
   Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang 3hari program ini berlangsung seperti ikhtiar hidup, kawad kaki, explore race, malam kebudayaan dan sebagainya. Peserta tidur di khemah yang didirikan mereka sendiri sepanjang 2hari tersebut.
  Program kali ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Bomba Kuala Rompin yang bertindak sebagai Urusetia.

Tag: #smarompin #perkhemahanunituniform

0 komen

Sila berikan komen anda di sini