Sekolah Menengah Agama Rompin

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2016

Keputusan peperiksaan SMA telah diumumkan secara rasmi pada 29 Disember yang lalu. Sekolah Menengah Agama Rompin berjaya mencapai kedudukan ke3 secara keseluruhan bagi sekolah-sekolah menengah agama negeri Pahang. Seramai 89 calon telah menduduki peperiksaan tersebut dan 35 orang pelajar telah berjaya mencapai Mumtaz. Sementara itu, Sekolah Menengah Agama Rompin turut berbangga dengan 14 orang pelajarnya telah mencapai Mumtaz Sufi. Tahniah dan syabas!

Tag: #smarompin #resultsma

0 komen

Sila berikan komen anda di sini