Sekolah Menengah Agama Rompin

26800 Kuala Rompin, Pahang

Papar Artikel

CERAMAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN SERTA DEMONSTRASI MEMADAM API

Isnin, 13 Januari 2025 bersamaan 13 Rejab 1446H, Sekolah Menengah Agama  Rompin mengadakan sesi ceramah keselamatan dan pencegahan kebakaran serta demonstrasi memadam api yang disampaikan oleh 13 orang anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin.
 
Para pelajar diberi  pendedahan dan perkongsian ilmu terhadap keselamatan dan mencegah kebakaran serta teknik memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api.

Tag: #PENCEGAHAN KEBAKARAN

Papar Artikel

PERMOHONAN TINGKATAN 1 TAHUN 2025 SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN PAHANG

Kini dibuka bermula : 

15 OKTOBER 2024 (SELASA) HINGGA 30 NOVEMBER 2024 (SABTU)

Sila pergi ke pautan berikut untuk permohonan : 

https://esma.pahang.gov.my

Sila pastikan maklumat yang diminta diisi dengan lengkap

Setelah selesai dan disemak sila tekan butang ‘HANTAR’.

Pastikan CETAK SLIP DAN HANTAR KE SEKOLAH YANG DIPOHON (Pilihan 1 sahaja) BERSAMA-SAMA DOKUMEN DAN MAKLUMAT YANG DIMINTA.

Sila pastikan tarikh Temu Uji SENTIASA DISEMAK dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya kerana...

Tag: #PengambilanTingkatan1

Papar Artikel

PROGRAM KURSUS ASAS SEMBELIHAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA ROMPIN SIRI 1 TAHUN 2024

RABU 30 Oktober 2024, Sekolah Menengah Agama Rompin telah menganjurkan Program Kursus Asas Sembelihan Siri 1 Tahun 2024 bagi pelajar-pelajar SMA Rompin dengan jumlah keseluruhan melibatkan 354 orang pelajar. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Rompin dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Majlis dimulakan dengan taklimat dan pembahagian kumpulan oleh Ustaz Habib Mustakim, diikuti bacaan doa oleh Ustaz Shahin. Program diteruskan dengan ucapan perasmian...

Tag: #Sembelihan