Sekolah Menengah Agama Rompin

English Access Microscholarship Program

Assalamualaikum...alhamdulillah SMA Rompin sekali lagi dipilih untuk mengikuti program Access Microsholarship yang ditaja oleh pihak Kedutaan Amerika Syarikat. Untuk makluman sekolah kami adalah sekolah tunggal yang dipilih menyertai program ini dan ini merupakan penyertaan SMA Rompin untuk kali yang ke dua. 

Program yang berlangsung selama dua hari ini didatangi oleh wakil dari pihak Kedutaan Amerika Syarikat iaitu Miss Rose dan Mr Michael Quinlan.

Aktiviti hari pertama berlangsung pada 29 Ogos 2018 dimana wakil kedutaan melawat bilik Access dan seterusnya melakukan beberapa aktiviti bersama 40 orang pelajar Access yang dikelolai oleh Miss Rose. Aktiviti hari pertama adalah seperti berikut:

10.00pagi - Slot 1 by Miss Rose
                   - Topic: American Slang & Role 
                     Play (Using textbook given by US 
                     Embassy)
11.00pagi - Water Break
12.00tghari - Lunch

Tag: #smarompin #accessprogram #usembassy

0 komen

Sila berikan komen anda di sini