MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI
Sambutan hari raya peringkat sekolah disambut dengan meriah hari ini dimana setiap pelajar dan guru telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga gerai juadah masing-masing. Pelajar dan guru bergilir-gilir merasai kelazatan menu-menu yang biasanya dihidangkan di hari raya seperti Lontong, Ketupat dan Rendang. Banyak menu yang menarik dihidangkan sambil diserikan lagi dengan selingan lagu-lagu raya lama dan baru. Majlis turut dihadiri wakil pekerja kebersihan, Pegawai Perhubungan Awam sekolah dan wakil Pibg sekolah.