Sekolah Menengah Agama Rompin

SOLAT TARAWIH BERJEMAAH

Setiap malam sepanjang bulan Ramadhan ini,pihak asrama SMA Rompin mengadakan solat tarawih secara berjemaah. Solat tarawih ini di imamkan oleh pelajar secara berselang-seli sebagai salah satu cara mendidik dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menjadi imam kepada makmum yang lebih besar apabila mereka keluar dari sekolah ini nanti.
  Namun begitu,pada setiap hujung minggu solat tarawih yang dijalankan di surau asrama ini turut menjemput imam luar serta daripada kalangan guru-guru dan warden lelaki.
  Semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini membantu kita untuk beribat dengan lebih ikhlas di samping menjalin ukhuwah yang erat sesama kita.

Tag: #smarompin #ramadhan #solattarawih

0 komen

Sila berikan komen anda di sini