Sekolah Menengah Agama Rompin

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis perasmian bulan merdeka telah berlangsung pagi tadi Isnin, 26 Ogos 2019 di Dewan Mahkota. Majlis ringkas yang berlangsung sewaktu perhimpunan pagi itu dijayakan oleh pelajar Tingkatan 3 dan 1.
   Persembahan dimulakan dengan dialog merdeka oleh dua orang pelajar kemudian diselangi dengan nyanyian lagu Warisan oleh pelajar tingkatan 1.
   Persembahan lagu Negaraku pula disampaikan oleh barisan pelajar lelaki Tingkatan 3 dan majlis diakhiri dengan persembahan koir lagu Sehati Sejiwa.
   Tema hari kemerdekaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih. Semoga pelajar SMA Rompin dapat memanfaatkan aktiviti sepanjang bulan merdeka dan menerapkan nilai patriotisme dalam diri masing-masing.

Tag: #smarompin #bulanmerdeka #harimerdeka

0 komen

Sila berikan komen anda di sini