
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR SMAR SESI 2025
Pada 24 Februari 2025 bersamaan 25 Syaaban 1446H, Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Agama Rompin Sesi 2025 telah berlangsung dengan penuh penghormatan. Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas, serta Pengawas Asrama ini merupakan satu amanah besar dalam membantu membentuk disiplin dan kepimpinan dalam kalangan pelajar. Watikah pelantikan tersebut diserahkan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Norshazlin Binti Che Adnan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin pelajar yang telah menerima watikah pelantikan. Semoga kalian menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, tanggungjawab dan menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain. Kepimpinan bukan sekadar gelaran, tetapi satu amanah untuk membawa perubahan.
0 komen