Sekolah Menengah Agama Rompin

MAJLIS PENUTUP MASISUPA ZON 1 2019

Kejohanan Masisupa kali ke 35 Zon 1 telah berjaya melabuhkan tirainya hari ini. Majlis penutup telah diadakan di Dewan SMA Tengku Ampuan Fatimah itu juga turut mengumumkan beberapa Anugerah Utama. 
     Di antara kontinjen yang mewakili Zon 1 adalah SMA Tengku Ampuan Fatimah, SMA Al Attas, SMA Rompin, Kulliyah Al Lughah Pekan, SMA Al Irsyad, SMA Bukit Ibam dan SMA Darul Makmur Ganchong.
     Senarai pemenang Anugerah Utama adalah seperti berikut:

   1. JOHAN SUKAN
    - SMA Rompin
   2. JOHAN ILMIAH
    - Kuliyyah Al Lughah Pekan
   3. JOHAN KESELURUHAN
    - SMA Tengku Ampuan Fatimah

Untuk makluman, SMA Rompin mendapat tempat Ketiga bagi keseluruhan acara Ilmiah. Wakil-wakil pemenang setiap acara akan membawa harapan bagi Zon 1 untuk pertandingan peringkat Pusat pula di SMA Pulau Tawar, Jerantut. 
       In sha Allah tahun hadapan Kejohanan Masisupa peringkat Zon 1 akan diadakan di SMA Bukit Ibam pula. Sama-sama doakan kejayaan Zon 1 diperingkat pusat. Tahniah dan Syabas untuk semua yang terlibat.


Tag: #smarompin #masisupa2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini