
PROGRAM "SMART START" TINGKATAN 1
Alhamdulillah, Program SMART START Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Rompin telah berjaya dilaksanakan pada 24 Februari 2025 sehingga 7 Mac. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai subjek-subjek yang akan mereka pelajari di peringkat menengah.
Program ini juga membantu pelajar menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di sekolah menengah agama serta mempersiapkan mereka untuk perjalanan ilmu yang lebih mencabar. Semoga dengan penganjuran program ini, para pelajar lebih bersemangat dan yakin dalam menimba ilmu serta mencapai kecemerlangan di SMAR.
0 komen