Sekolah Menengah Agama Rompin

26800 Kuala Rompin, Pahang

Papar Artikel

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Program ko-kurikulum tahun ini bagi SMA Rompin bermula dengan acara merentas desa peringkat rumah sukan. Program ini telah berlangsung pada hari ini iaitu Jumaat (3 Februari 2017) bermula jam 8.30pagi. Pelajar dikehendaki mengikuti sesi aerobik sebagai pemanas badan sebelum larian merentas desa dijalankan. Setelah selesai, program diteruskan di Dewan Mahkota untuk sesi penyampaian hadiah dan perasmian Hari Ko-kurikulum peringkat sekolah bagi tahun 2017.

Tag: smarompin merentas desa

Papar Artikel

LADAP SIRI 2

Sma Rompin telah mengadakan Ladap kali ke-2 tahun 2017 pada 18 Januari (Rabu) dengan tajuk "Kelas Bimbingan Berkesan". Bagi siri Ladap kali ini,pihak sekolah berbesar hati menjemput En Kamarozaman b Abdul Razak sebagai penceramah. Beliau yang juga merupakan Pengerusi NUTP telah berkongsi bagaimana guru-guru Sma Rompin dapat menguruskan sesi pembelajaran di dalam kelas dengan lebih berkesan. Ladap kali ini diadakan di bilik tayang 1. 

Tag: smarompin ladap

Papar Artikel

KURSUS KEPIMPINAN 2017

Tarikh: 13-14 Januari 2017
Hari : Jumaat - Sabtu
Anjuran : Badan Disiplin Sekolah

Kursus kepimpinan ini adalah program tahunan yang wajib disertai oleh semua pengawas sekolah, Pengawas pusat sumber dan juga exco asrama.

pelbagai aktiviti telah dilakukan seperti motivasi dan program latihan kepimpinan

semoga dengan program ini dapat melahirkan barisan pemimpin yang berkebolehan di kalangan pelajar SMA Rompin

Tag: sma rompin Kursus kepimpinan pengawas exco badan disiplin