PROGRAM TA'LIM MUSLIMAT MINGGUAN
Pelancaran program Ta'lim Muslimat Mingguan oleh Ustazah Rodziah Binti Md Zin dan Ustazah Asriah Binti Othman
Program ini dianjurkan oleh Aspuri SMA Rompin. Program mingguan ini diadakan pada setiap hari Jumaat selepas waktu persekolahan.
Program ini dianjurkan oleh Aspuri SMA Rompin. Program mingguan ini diadakan pada setiap hari Jumaat selepas waktu persekolahan.
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2016
Keputusan peperiksaan SMA telah diumumkan secara rasmi pada 29 Disember yang lalu. Sekolah Menengah Agama Rompin berjaya mencapai kedudukan ke3 secara keseluruhan bagi sekolah-sekolah menengah agama negeri Pahang. Seramai 89 calon telah menduduki peperiksaan tersebut dan 35 orang pelajar telah berjaya mencapai Mumtaz. Sementara itu, Sekolah Menengah Agama Rompin turut berbangga dengan 14 orang pelajarnya telah mencapai Mumtaz Sufi. Tahniah dan syabas!
MESYUARAT GURU KALI PERTAMA
Tarikh : 28 Disember 2016
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SMA Rompin
Agenda Mesyuarat
1. Delegasi Tugas
2. PT3
4. Pendaftaran tingkatan 2 - 5
5.Hal-hal lain
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SMA Rompin
Agenda Mesyuarat
1. Delegasi Tugas
2. PT3
4. Pendaftaran tingkatan 2 - 5
5.Hal-hal lain
PENDAFTARAN TINGKATAN 1
Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 di Sma Rompin telah berjaya diadakan pada 22 Disember 2016 bersamaan Khamis bermula jam 8.30pagi. Seramai 140 pelajar yang ditawarkan namun hanya 108 orang sahaja yang berjaya mendaftarkan diri. Syabas...dan selamat datang ke SMA Rompin.