Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

MAJLIS PERSARAAN DAN PERPISAHAN GURU SMAPT 2017

RABU 24.5.2017 - Pada tanggal 24 MEI 2017 , satu majlis telah diadakan untuk meraikan Guru  smapt , Ust  Ali Bin Yaackob  yang akan bersara dari perkhidmatan guru bermula pada tarikh 11 JUN 2017 . Pada jam 7.30 pagi, majlis dimulakan dengan ceramah sambutan ramadhan  2017 yang akan di sampaikan oleh ust Husni @ zamrud Bin Hussien . Seterusnya pelajar dibenarkan berehat sementara menunggu majlis perarakan guru  ke dewan sekolah smapt bagi mengiringi Guru yang di raikan Ust Ali Bin Yaacob. Majlis yang dipengerusikan oleh ust Ahmad Afifi Bin Ismail  ini diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Muhamad Irfan Danial untuk memberkati majlis.

 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil pelajar Muhamad Irfan Danial . Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha ustaz terlalu banyak buat sekolah ini sehingga tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Beliau telah mentadbir banyak sekolah bermula dengan sma padang tengku,sma maran,sma tembeling dan seterusnya dilantik sebagai penolong pengarah jaip bahagian peperiksaan selama 2 bulan dan kembali ke smapt sehingga bersara. Sikap beliau yang mudah didekati membuatkan beliau dekat dengan seluruh warga sekolah. seterusnya ucapan guru-guru yang diraikan ckigu Azli , ustazah husna ,ustazah ainun dan sterusnya ustaz Ali . sikapguru-guru ini  yang membuatkan guru-guru mudah berurusan dengannya serta sikapnya yang mudah menerima teguran dari piha bawahan menjadikannya lebih mudah didekati. Kehadiran tetamu-tetamu jemputan juga telah menyerikan majlis pada hari tersebut. wakil YDP PIBG Encik Azhar Bin Bakar

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis.

Tag: #MAJLISPERSARAANGURUSMAPT2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini