Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

LARIAN ALMAIDAH 2017

20 JAN 2017 - Sekolah Menengah Al-Maidah Adiniah Padang Tengku telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2017. Pada hari jumaat bersamaan 21 Rabiul Akhir 1438, telah diadakan larian al maidah yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara larian merdeka yang bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan.

Acara larian al maidah ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental ini bertujuan agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum dan juga memperatkan silaturahim diantara murid-murid dan guru-guru yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku.

Acara ini telah dimulakan pada tepat pukul 8.30 pagi. Acara ini dimulakan dengan bacaan doa dan acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh pengetua sekolah En Azmi Bin Aman ,kemudian beliau telah melepaskan para pelajar perempuan  bermula dari pagar utama sekolah . Selepas itu, diikuti dengan pelepasan pelajar lelaki. Setiap kilometer telah diadakan 5 perhentian dan disediakan minuman oleh pelajar dan guru yang terlibat.Jarak larian pelajar lelaki 5kilometer manakala pelajar perempuan 4.5 kilometer.

Acara larian al maidah  ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan . Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka.Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan.Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku.Terima kasih kepada beberapa orang anggota pihak POLIS dan JPAM

Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian.Sebelum pulang, pelajar telah diberikan makanan dan air mineral untuk menghilangkan dahaga.Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akan datang.Tahun hadapan mungkin jarak  larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepada murid.Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh,

Ahmad Termizi....

Tag: #larian Almaidah2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini