Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

Jamuan Hari Raya dan tautan kasih (jamuan perpisahan guru dan kakitangan smapt)

28 Jun 2018 - Pihak sekolah smapt telah menganjurkan program jamuan Hari Raya aidil fitri saban tahun bagi meraikan pelajar, guru dan kakitangan warga smapt pada tahun 2018. Selain itu juga pihak sekolah juga menganjurkan program tautan kasih bagi meraikan guru dan kakitangan sekolah yang telah lama  berkhidmat untuk warga smapt bertahun-tahun lamanya. 

Antaranya yang diraikan  encik nazaruzaman bin Ali lebih dikenali dengan panggilan manja abg naza selaku (atandal makmal),tempoh perkhidmatan beliau bermula pada 2/1/1981- 8/6/2018

cik Maisarah binti Ghani (guru add mate) , ustazah hidayatul qalbi (guru bahasa arab) ,Pn ilyani binti zainuddin guru bahasa arab)serta ustaz hafizuddin (guru agama)bin mat Ali.

Terima kasih kepada tetamu jemputan yang sudi hadir bagi meraikan majlis ini , antaranya Dato Abu Jimi , Tuan qodhi Kuala Lipis ustaz abu Bakar dan Ajk pibg Puan hazimah. 

Tujuan Program ini diadakan sebagai meraikan jasa dah perkhidmatan mereka kepada warga smapt selama ini. Selaga jasa yang telah dicurahkan selama ini hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

 Berbagai juadah yang telah dihidangkan pada jamuan tersebut seperti lemang , rendang, satay , nasi impit kuih muih dan lain-lain lagi. Para tetamu jemputan telah hadir ramai bagi menjamu selera dengan pelbagai juadah.

Terima kasih kepada para jemputan yang hadir serta ajk yang telah menjayakan program ini dengan lancar sehingga jam 1.30 hari.


Tag: #jamuanaidilfitri2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini