Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

MAJLIS SUKANTARA SMA ALMAIDAH ADDINIAH PADANG TENGKU 2017

Padang Tengku- 8 Februari , Setiap tahun sekolah-sekolah Menengah agama peringkat negeri Pahang akan mengadakan sukan masisupa peringkat zon dan seterusnya peringkat pusat. Maka untuk persedian itu pihak  sekolah telah menganjurkan sukan ini bagi memilih peserta untuk  acara sukan dan ilmiah. pertandingan tersebut telah bermula pada tarikh 16 januari hingga 25 januari untuk mewakili sekolah.

Antara  acara yang  di pertandingkan untuk sukan seperti bola sepak, sepak takraw, futsal, bola tampar, memanah,badminton,pingpong,bola jaring dan lain-lain. Manakala bagi acara ilmiah yang telah dipertandingkan ialah syarahan BM,syarahan BA, kuiz BA , kuiz BI,forum,kupasan hadis, kupasan tafsir, tilawah Al-quran, tahfiz , nasyid dan lain-lain. 

Majlis penutupan bagi acara sukan dan ilmiah peringkat sekolah pihak sekolah telah menganjurkan sukantara yang mana julung kalinya diadakan di Sma Al-Maidah Padang Tengku bagi tahun 2017. Pada hari tersebut acara sukan yang dipertandingkan seperti menghias khemah tercantik, perbarisan terbaik,larian 100meter, larian 200meter, larian 4x100 meter , lompat jauh dan lontar peluru .ia melibat semua pelajar lelaki dan perempuan. Manakala guru-guru juga terlibat dalam memeriahkan majlis tersebut dengan menyertai pertandingan lari dalam guni, sepakan soalin sooccer dan tarik tali.

Pihak sekolah telah menjemput Pengarah IPG Lipis Tuan Hj Abdullah bin yusof bagi merasmikan majlis pelancaran penutupan hari sukan dan ilmiah peringkat sekolah.

Majlis berakhir dengan penyampain hadiah kepada semua pemenang bagi menghargai semangat kesukanan yang telah di tunjukkan oleh pelajar seterusnya guru-guru rumah sukan. Terima kasih juga buat Tuan Pengetua En Azmi Bin Aman  barisan GPK , Guru-guru seterusnya pelajar-pelajar diatas kerjasama yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis ini. Majulah sukan untuk negara.

Tag: #majlisuskantara2017almaidah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini