Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

AMANAT PENGETUA






Assalamualaikum Wrhmth. Wbrkth.

 
Alhamdulillah, syabas dan tahniah saya ucapkan di atas kewujudan laman web rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Kewujudan laman web ini amat penting dalam memastikan maklumat yang tepat, kemas dan terkini mengenai sekolah dapat dikongsi bersama warga pendidik, para pelajar, ibu bapa dan komuniti masyarakat, khususnya di seluruh negeri Pahang .  Ini selaras dengan visi dan misi sekolah  untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dalam bidang kurikulum (agama dan akademik), kokurikulum, sahsiah serta mewujudkan iklim sekolah yang kondusif berdasarkan pengurusan efektif dan berkesan.
 
Tahun-tahun yang mendatang, bidang pendidikan menjadi suatu yang lebih mencabar dan lebih berdaya saing. Dasar-dasar dan perancangan pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah merupakan dasar-dasar yang perlu difahami dan dilaksanakan di peringkat sekolah. Pengajaran dan pembelajaran pada masa kini sedang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Transformasi Pendidikan mesti dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, supaya matlamat melahirkan modal insan holistik dapat direalisasikan.
 
Satu tugas utama yang diamanahkan kepada kita untuk dilaksanakan iaitu semua dasar pendidikan yang menjadi agenda  utama Jabatan Agama Islam Pahang. Setiap orang guru mestilah berusaha mencapai matlamat agenda ini. Di tangan kitalah lahir modal insan yang bertaraf global. Sebelum hal ini dapat  direalisasikan ia mesti bermula daripada kita sebagai guru. Perspektif kita mengenai pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran mesti berubah. Tugas guru sebagai  fasilitator, perancang pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mestilah diamalkan.Peranan guru fokus pada melahirkan pengalaman kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat dituntut. 
 
Adalah menjadi harapan yang tinggi menggunung, semoga segala tanggungjawab ini dapat ditunaikan dengan penuh keikhlasan hati selaras dengan Visi dan Misi Jabatan Agama Islam Pahang. Saya amatlah berharap agar kita sama-sama mengatur langkah untuk mencapainya. Budaya Kerja Sepasukan perlu diamalkan , apa yang penting kecemerlangan anak didik kita secara holistik dan modal insan bertaraf dunia dapat dilahirkan selaras dengan hasrat kewujudan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang.
 
Akhir sekali marilah kita bersama-sama berganding bahu terus berusaha dengan gigih dan tanpa jemu untuk menjadikan prinsip kita “IKHLAS PEMACU KEJAYAAN” sebagai penjana kecemerlangan SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.
Insyaallah, kejayaan milik kita bersama.
 u�P�Bp�Z

CARTA ORGANISASI

  

SEJARAH SEKOLAH

            Ilham untuk menubuhkan sekolah Menengah Agama Pagdang Tengku ini tercetus memendangkan tiada sebuah Sekolah Menengah agama untuk mengajar agama islam kepada anak tempatan secara teratur dan sistematik di kawasan ini. Sebelum menubuhkan sekolah ini Datuk Abu Samah yang menjawat  jawatan sebagai ketua Agama Islam ketika itu menasihati ustaz Hussain supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi pengelolan rancangan pembangunan Sekolah Arab Padang Tengku agar tugas itu dapat berjalan dengan kemas dan  teratur. Berikutan daripada itu ustaz hissain telah mengumpul orang – orang berpengaruh di kawasan Padang Tengku .Ekoran daripada persetujuan itu, maka pelantikan jawatankuasa tersebut terdiri daripada:

          1. Lebai Long Khatib Ngah.

          2. Allahyarham Khalid Wan Mukim Mat Yassin.

          3. Allahyarham Haji Arsyad Yaakob.

          4. Penghulu Mukim Gua Wan Omar Chik dan beberapa oarng lagi.

          Setelah Ustaz Hussian menamatkan pengajiannya di darjah lapan, beliau kembali ke padang Tengku untuk mengadakan perjumpaan Di Balai Raya Padang Tengku pada 11 September 1955. Pelantikan ahli jawatankuasa telah dibuat ketika itu. Mereka yang terlibat dan disenaraikan dalam ajak tersebut :

          Yang Di-Pertua            : Datuk setia Wan Ibrahim Wan Tanjung

          Naib Yang Di-pertua    : Encik Mohad Nor Sulaimkan

          Setiausaha                  : Encik Hussain bin Ibrahim 

          Naib Setiausaha          : Lebai Long kHatib Ngah

          Bendahari                    : Haji Abdul Wahab Perang

          AJK                              : Penghulu Dan Ketua Ketua-ketua Kampung Daerah Lipis

                           
          Daripada Persetujuan yang dicapai, disertai dengan sejumlah wang yang dapat dikumpulkan sebanyak RM4000.Tapak tanah kerjaan yang berhadapan dengan perhentian keretapi Pagang Tengku digunakan untuk mendirikan Sekolah arab yang pertama.Sekolah ini dikenali sebagai “SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MAIDAH ADDINIAH PADANG TENGFKU”. Nama tersebut diilhamkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Ismail Pasir Mas yang  bermaksud Hidangan Agama ‘”yang dirasmikan pada 12 mei 1957. 

          Sekolah ini telah dirasmikan oleh D.Y.M Tengku Mahkota Pahang,Tengku Ahmad Syah.Pada peringkat awal,sekolah ini bertaraf Sekolah Agama Rakyat dan Mudir yang pertama ketika itu ialah Ustaz Hussain Ibrahim yang juga  kenalan rapat kebawah duli Tengku Mahkota. Pengambilan pelajar pada tahun pertama seramai 40 orang dengan had umur tidak melebihi 15 tahun.Yuran yang dikenakan sebanyak RM 2.50 setiap seorang. Sesi pembelajaran diadakan pada waktu pagi dan petang. Ustaz Hussain dan beberapa orang pelajar yang berkelayakan merupakan tenaga pengajar bagi kedua sesi persekolahan .

          Sekolah ini pada awalnya diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Pahang(MAIP).Maka pelajaran yang diketengahkan pada ketika itu,berteraskan bahasa arab. Di   samping itu terdapat beberapa orang tenaga pengajar baru secara sukarela iaitu Ustaz Yunus Haji Ahmad dan Ustaz Idris Haji Uda.Antara pelajar sulung sekolah ini ialah Ustaz Idris,Haji Rasad Bin Dollah Omar dan Ustaz Shafie Bin Jali.

          Bermula pada tahun 1967,sekolah ini telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang sehingga ke hari ini.Selepas di ambil oleh Kerajaan Negeri Pahang,Ustaz Ahmad Bustami Haji Yusuf dilantik sebagai Mudir dan Ustaz Hussain iaitu pengasas sekolah ini telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1).
Setelah pentadbiran kerajaan negeri mengambil alih sekolah ini,perubahan amat ketara dapat dilihat daripada segi penambahan prasarana meliputi bangunan dan kelas,peralatan turut bertambah mengikut pertambahan bilangan pelajar dari semasa ke semasa.

VISI, MISI DAN MOTTO

 Visi

Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Pedang Tengku Sentiasa Berusaha Untuk Membentuk Pelajar Menjadi Insan yang beriman, berilmu, dan berakhlak mulia selari dengan Matlamat Pendidikan Jabatan  Agama Islam Pahang dan Falasafah Pendidikan Agama.

Misi 

Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku sentiasa bertekad dan berazam memberi  perkhidmatan yang berkualiti cekap dan tepat dalam memastikan pelajar-pelajar sekolah ini memperolehi :

* Pengajaran dan Pembelajaran yang bermutu tinggi dan juga berkesan.
* Berakhlak yang mulia  dan terpuji.
* Berketerampilan dalam aktiviti ko-karikulum.
* Sentiasa bersih dan ceria.
* Sentiasa  berbakti kepada agama, nusa dan bangsa.
* Pendidikan yang seimbang dan harmoni.
* Cemerlang dalam prestasi akademik.
* Beriman, berilmu, bertatasusila dan berjasa.

 Motto

Berilmu Beramal Bertakwa

LAGU SEKOLAH SMA AL MAIDAH ADDINIAH PADANG TENGKU

LAGU SEKOLAH MENENGAH AGAMA
AL-MAIDAH ADDINIAH PADANG TENGKU
 
Kami pelajar sekolah menengah,
Agama al-maidah addiniah,
Sentiasa bersedia besungguh dan bertenaga,
Menuntut ilmu mengundang cahaya,
Darimu oh guru pelita hidup kami ,
Berilmu,beramal,bertaqwa matlamat kami,
Semoga kita semua diberkati,
Ayuh bangunlah mari bersama,
Warga al-maidah addiniah,
Kita serikan bumi allah ini,
Dengan kasih sayang,kegemilangan,
Dan juga kecemerlangan,
Guru dan pelajar berganding bahu,
Saling menguatkan antara kita,
Agar semuanya cemerlang gemilang,
Teruskanlah usaha murni.
 

LAGU SMAN PAHANG

LAGU SEKOLAH MENEGAH AGAMA NEGERI PAHANG
 
 
    Marilah kita sama-sama
    Menuju mercu kejayaan
    Bersama naungan yang satu
    Tempuhi segala dugaan
    Sekolah Menengah Agama tercinta
    Membimbing semua tuju cita-cita
    Maju sekolah menengah agama 
    Hidup bersatu padu
    Kecapi kejayaan syiar islam
    Berilmu beramal bertaqwa (2x)
    Pahang Darul Makmur 15%;f�P�bP�Z