Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

PROGRAM HALA TUJU DAN KERJAYA PELAJAR 2019

PADANG TENGKU- 12 JANUARI – Unit ko-karikulum sekolah menengah Agama  Al-Maidah Addiniah menganjurkan satu program hala tuju dan kerjaya bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 di dewan Stam Smapt . Program ini diadakan  untuk memberi pendedahan kepada pelajar serta menambah maklumat yang sedia ada berkaitan hala tuju dan kerjaya pada masa akan datang. program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam12.00pm.

Tujuan program ini diadakan untuk membuka minda pelajar aliran agama bahawa ia terbuka sangat luas diluar sana untuk mereka pilih. Semoga dengan adanya program seperti ini para pelajar tidak mempunyai masalah lagi untuk menentukan masa depan dan hala tuju masing-masing di kemudian hari.

Slot pertama telah di sampaikan oleh tetamu undangan yang tidak asing lagi di kawasan Kuala Lipis Puan Nor Azimah yang merupakan kaunselor dari SMK Seri Lipis, beliau seorang yang sangat berpengalaman dalam menyampaikan ceramah motivasi di peringkat daerah kuala lipis. Slot kedua disampaikan oleh puan Hasmina bertajuk pemilihan pakej bagi matapelajaran spm.

Jutaan Terima kasih di atas kesudian Penceramah Memberi Tunjuk ajar buat anak murid SMAPT.Semoga ia memberi kesan yang baik buat anak pelajar dan pencetus semangat untuk mereka kecapi cita-cita yang di impikan dengan penuh kegigihan insyallah.

 

Tag: #2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini