Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

PADANG TENGKU - 2 Januari(rabu) -Bermula hari pertama persekolahan sesi 2019 bagi seluruh SMAN Negeri Pahang.Kehadiran pelajar-pelajar ke sekolah dengan penuh kegembiraan di wajah dengan berpakaian serba baru serta azam yang baru. Semoga kehadiran pelajar ke sekolah pada tahun 2019 ini lebih ceria dan lebih bersemangat lagi.

Hari pertama persekolahan di perhimpunan di sampaikan oleh guru bertugas oleh Ustaz Arsyad bin Mohamad Amin dengan mengalu-alukan kehadiran ke sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku bagi tahun 2019.Perkara yang ditekankan oleh ustaz Arsyad berkaitan dengan Niat kita hadir ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu dan mencapai kejayaan dalam hidup sebagai bekalan dunia akhirat.

Tag: #2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini