Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

SAMBUTAN HARI GURU 2017

Pada 16 Mei 2017. Sekolah Menengah agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku  telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah.Semua murid dan guru-guru terlibat dalam majlis ini.Majlis ini diadakan pada peringkat awal jam 8.30 pagi dengan perbarisan para guru Al-Maidah Addiniah di Tapak perhimpunan sekolah dan diteruskan dengan acara sukaneka. Seterusnya para guru telah berarak ke surau Al Ghazali sekolah beramai-ramai manakala Pengetua Encik Azmi Bin Aman telah diarak dengan perarakan khas daripada konvoi motor  berkuasa tinggi dari ARC kawasan Lipis .

            Tujuan majlis ini diadakan, adalah untuk menghargai jasa guru yang telah mengajar dan mendidik kita sehingga berjaya. Jika tiada guru , tiadalah doktor , angkasawan dan lain lain.

Tag: #HARIGURU2017SMAPT

0 komen

Sila berikan komen anda di sini