Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 2019 DAN TAKLIMAT KESELAMATAN

PADANG TENGKU - Badan Disiplin sekolah menengah Agama Al Maidah Addiniah padang Tengku telah menganjurkan minggu orientasi kepada pelajar tingkatan 1 sesi 2019. Program ini bermula pada hari selasa 8 januari hingga khamis 10 januari 2019.tepat jam 9.00 pagi  pelajar dikehendaki berada di dewan sekolah dan  ahlan Wa sahlan Wa marhaban bikum  kepada seluruh anak-anak pelajar tingkatan 1 2019 .

Objektif Badan Disiplin sekolah mengadakan program seperti ini untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada pelajar yang baru mengenali dengan lebih dekat dunia baru alam persekolahan peringkat menengah serta berkenalan dengan seluruh warga SMAPT.semoga pelajar ini merasakan selesa dan aman berada di tempat baru.

Antara aktiviti yang telah dirancang untuk pelajar ini adalah pengenalan pihak Pentadbir sekolah bermula ucapan Tuan Pengetua Encik Azmi Bin Aman, ucapan GPK Kurikulum sekolah Ustaz Haidzir Bin Mat Noor, Ucapan Gpk Hem Sekolah Ustaz Husni@Zamru Bin Hussain Dan Ucapan GPK ko Karikulum Ustaz Bashiruddin Bin Ibrahim.

Tag: #2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini