Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

Watikah Perlantikan Pengawas Dan kempen Anti Buli 2018

22Jan 2018 - Sma Al Maidah telah mengadakan majlis Watikah Pelantikan Pengawas dan anti buli bagi tahun 2018. Majli bermula selepas perhimpunan pagi 7.20 pagi. Majlis ini merupakan majlis rutin tahunan bagi semua sekolah SMAN dan khususnya di SMA Padang Tengku Kuala Lipis Pahang. 
ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Encik Azmi bin Aman. pengetua telah memperingatkan para pelajar tentang Tugasan Pengawas sekolah adalah bagi membantu guru-guru dan mengawas pelajar semoga menurut perintah dan undang-undang sekolah.selain itu juga melatih pelajar mengurus segala program yang di anjurkan oleh pihak sekolah.

 Seterusnya majlis menjemput pegawai Perhubungan sekolah Tuan  Nik shamsul bin mohamad menyampaikan ucapan dan membacakan watikah pelantikan pengawas seterusnya merasmikan majlis.

Majlis berakhir pada jam 10.30 pagi.

Tag: #2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini