Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

WATIKAH PENGAWAS DAN KEMPEN ANTI BULI 2017

23 JAN 2017 Laporan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sma Al-Maidah Addiniah Padang Terngku Kuala Lipis. Majlis watikah perlantikan ini telah dijalankan bertempat di dataran perhimpunan sekolah. Majlis ini dijalankan semasa perhimpunan rasmi bermula jam 7.30 pagi.  Mereka semua diingatkan sekali lagi tentang perkara-perkara yang mereka perlu lakukan ketika menerima watikah perlantikan daripada pegawai polis yang di jemput khas oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah menjemput khas Pegawai Polis Trafik dari Cawangan Trafik IPD Daerah Lipis iaitu Inspektor amir Bin Mohamah bagi menyampaikan watikah kepada pengawas-pengawas yang terpilih pada pagi tersebut. Bacaan ikrar pengawas telah dijalankan selepas kesemua murid-murid yang dipilih menerima watikah perlantikan dan ianya telah diketuai oleh Ketua Pengawas Disiplin Sekolah, Ust ahmad Afifi Bin Ismail. Ceramah anti Buli telah dijalankan sejurus selepas majlis watikah perlantikan pengawas .Penceramah banyak menitikberatkan mengenai soal keselamatan dan kesedaran dan kesalah membuli sesama pelajar dan ia merupakan satu jenayah yang besar dan boleh di sabitkan kesalahan dan di hantar ke sekolah pemulihan akhlak. . Cenderamata kepada penceramah iaitu Sarjan Zainuddin telah disampaikan oleh pihak pentadbir sekolah atas kesudian beliau untuk menyampaikan ceramah pada pagi itu. Majlis bersurai kira-kira jam 9.00 pagi

Tag: #watikahpengawasdanAntiBuli2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini