Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah

berilmu, beramal ,bertakwa,

MAJLIS MAKAN MALAM GURU DAN KAKITANGAN SMAPT

14 NOVEMBER 2017 (SELASA) Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Guru Sma Al-Maidah Padang Tengku 2017 yang dipimpin oleh Ust Bashiruddin Bin Ibrahim selaku pengerusi kelab keluarga Al-Maidah  telah berjaya menganjurkan satu majlis makan malam yang gilang gemilang  dan tidak mungkin boleh dilupakan oleh semua guru,kakitangan , Ajk Pibg serta jemputan khas. Sebanyak 20 meja telah dipenuhi oleh para jemputan.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis oleh cikgu Wan Ilyas Bin Wan ismail ,seterusnya bacaan doa oleh al- Fadhil Ustaz Ahmad Afifi Bin Ismail.Ucapan Pengetua telah di wakilkan kepada Al Fadhil Ust Mohamad Haidzir Bin Mohamad Noor. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.B DATO’ Mustapa bin Hj Long Ydp Pibg sekolah.

Semua guru yang hadir dengan berpakaian yang cantik dan menarik sambil menikmati hidangan yang sedap dan lazat. Suasana di majlis adalah begitu ceria, gembira dan seronok melihat cikgu-cikgu sibuk mengambil gambar di sana-sini bersama rakan. Disamping itu juga cabutan bertuah telah menambah kecerian pada majlis tersebut.Tahniah kepada semua Ajk Kelab guru yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis makan malam pada tahun 2017 ini. Majlis ini bermula seawal 9.00 malam dan berakhir tepat pukul 11.30 malam. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan pada masa-masa kan datang.

Tag: #MAJLISMAKANMALAMSMAPT2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini