Sekolah Menengah Agama Rompin

26800 Kuala Rompin, Pahang

Tag: "#smarompin"

Papar Artikel

WARNA WARNI MASISUPA ZON 1

Masisupa peringkat zon 1 kali ke-34 telah selesai melabuhkan tirainya semalam. Syabas buat SMA Al Attas kerana dipilih sebagai Juara Keseluruhan. Tahniah juga kepada SMA Rompin kerana telah menggalas tugas sebagai tuan rumah dengan jayanya. Semoga Zon 1 dapat mengekalkan kejayaan di peringkat pusat pula selepas ini yang akan berlangsung di Kuala Lipis.

Tag: #smarompin #masisupazon1

Papar Artikel

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2016

Keputusan peperiksaan SMA telah diumumkan secara rasmi pada 29 Disember yang lalu. Sekolah Menengah Agama Rompin berjaya mencapai kedudukan ke3 secara keseluruhan bagi sekolah-sekolah menengah agama negeri Pahang. Seramai 89 calon telah menduduki peperiksaan tersebut dan 35 orang pelajar telah berjaya mencapai Mumtaz. Sementara itu, Sekolah Menengah Agama Rompin turut berbangga dengan 14 orang pelajarnya telah mencapai Mumtaz Sufi. Tahniah dan syabas!

Tag: #smarompin #resultsma