Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SMA PULAU TAWAR 2019

2 JANUARI 2019 | RABU
 
JERANTUT : Hari pertama persekolahan SMA Pulau Tawar berjalan lancar. Program Solat Dhuha secara berjamaah telah diadakan di Dewan Al-Biruni. Semua guru dan murid terlibat dalam program tersebut. Selepas itu, Perhimpunan Rasmi pertama dilaksanakan di tempat yang sama. Perhimpunan dimulai dengan zikir Asma Ul-Husna, nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pahang dan lagu SMAN.
 
Guru bertugas , Us. Bakhtiar memulakan ucapan dan dikuti beberapa guru yang lain. GPK...

Tag: #hari pertama 2019 smapt

Papar Artikel

HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 2 HINGGA 5 , MERIAH

31 DISEMBER 2018 | ISNIN

JERANTUT :
Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 2 hingga 5 , SMA Pulau Tawar disambut meriah. Ramai ibu bapa dan penjaga murid telah hadir untuk mendaftar anak ke SMA Pulau Tawar bagi sesi 2019. Proses bermula dengan pendaftaran murid, pembayaran yuran sekolah dan PIBG, pendaftaran asrama, penerimaan buku teks dan pembayaran barangan keperluan murid di koperasi sekolah. Proses pembayaran yuran sekolah, PIBG dan asrama dilaksanakan secara atas talian ke sistem SPSMA JAIP....

Tag: #hari Pendaftaran MURID 2019

Papar Artikel

KEPUTUSAN SMA 2018, CEMERLANG

19 Rabiul Akhir 1440H | 27 Disember 2018
 
JERANTUT : Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) 2018 bagi SMA Pulau Tawar adalah CEMERLANG. Seramai 26 orang murid telah mendapat pencapaian MUMTAZ. Empat orang daripada mereka mendapat MUMTAZ SOFI ( 10A ). Murid-murid yang berjaya mendapat 10A ialah SITI NORZULAIKHA BT MD NOH , NAJWA FARIHAH BT AHMAD ZAIDI, SYARIFAH HANI ILMUNA BT SYED ISKANDAR dan AINUL MARDHIAH BT MOHAMAD NAZRI.

GPK Kurikulum, Puan Nor Asmah binti Idris telah mengumumkan...

Tag: #keputusan SMA2018 smapt

Papar Artikel

KEPUTUSAN PT3 SMA PULAU TAWAR , SEDERHANA

13 Disember 2018 | Khamis

JERANTUT :Keputusan pencapaian PT3 2018, SMA Pulau Tawar, adalah sederhana. Seramai 82 orang murid telah menduduki peperiksaan tersebut. Antara mata pelajaran yang telah mencapai kecemerlangan adalah B.Melayu Lisan ( A 65% | GPMP 1.52 ) , Pendidikan Islam ( A 38% | GPMP 2.04 ) dan Geografi ( A 35.3% | GPMP 2.24 ). 
Di antara murid-murid yang mencapai pencapaian cemerlang ialah Nur Amirah Aisyah bt Abdullah , Muhammad Azib bin Alias, Aida Hanisa bt Mohamad Sapri...

Tag: #keputusan pt3 2018 smapt