Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

MOHD SYAHRULNIZOM BIN SAHARUDIN MENJADI PELAJAR CEMERLANG SPM 2018, SM AGAMA PULAU TAWAR

28 JUN 2019 | JUMAAT
 
Pelajar Mohd Syahrulnizom bin Saharudin, telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang 2018, SMA Pulau Tawar. Beliau telah berjaya memperolehi 9A SPM 2018. Inilah pencapai terbaik yang pernah dicapai oleh pelajar SMA Pulau Tawar. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Hj. Mohd Gazali (DIMP, AMP), Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 SMA Pulau Tawar. Program tersebut juga turut dihadiri oleh YDP, AJK PIBG SMAPT...

Tag: #MAJLIS anugerah kecemerlangan 2018 smapt

Papar Artikel

PROGRAM TAHSIN AL-QURAN ZON 2

16 MAC 2019 | AHAD | JERANTUT

Program Tahsin Al-Quran Zon 2 telah berjaya dilaksanakan di SMA Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Program telah dimulakan pada 14 hingga 16 Mac 2019. Semua sekolah SMAN Zon 2 telah menghantar para peserta pada petang Jumaat. Pengerusi PIBG SMA Pulau Tawar telah merasmikan penutup program. Turut hadir pada perasmian penutup , Pn Pengetua  serta GPK HEM SMA Pulau Tawar. Semua peserta gembira dan beruntung menyertai program Tahsin Al-Quran peringkat Zon 2 kali ini....

Tag: #tahsin alquran 2019

Papar Artikel

PROGRAM HARI GURU SMA PULAU TAWAR 2019

14 JUN 2019 | JUMAAT | JERANTUT
 
Hari Guru Peringkat Sekolah SMA Pulau Tawar , disambut dengan meriah. Program dijalankan di dewan sekolah yang melibatkan semua murid dan guru. Tema program kali ini ialah koporat. Puan Pengetua mengucapkan tahniah kepada jawatakuasa kalangan murid-murid tingkatan 5 yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi melancarkan program sambutan hari guru kali ini. Beliau berharap murid-murid sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan menambahkan ilmu. Program...

Tag: #HARI.GURU 2019

Papar Artikel

SAMBUTAN HARI RAYA SMA PULAU TAWAR MERIAH

13 JUN 2019, JERANTUT

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah SMA Pulau Tawar telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 13 Jun 2019. Persediaan telah dimulakan sejak malam Khamis, dengan aktiviti menyusun dan menghias dewan serta membakar lemang. Puan Pengetua sendiri dengan rela hati telah menyediakan roti jala khas raya pada awal pagi . Turut membantu semua guru dan murid-murid menyediakan dan menhidang juadah hari raya. Jamuan Hari Raya dimulakan dengan ucapan Pengetua. Turut hadir AJK PIBG...

Tag: #hari raya 2019 smapt