Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

Papar Artikel

USAHA GIGIH CALON SPM 2020 SMA PULAU TAWAR

11 Februari 2021 | KHAMIS

JERANTUT : Debaran SPM 2020 semakin hampir. Namun calon-calon SPM 2020 tidak mudah menyerah kalah. Usaha semakin gigih diteruskan dengan bantuan para guru yang sedia membimbing dan membantu. Kelas tambahan tetap diadakan dalam norma baru PKPP. Penjagaan SOP PKPP di sekolah dipatuhi. Semua calon SPM sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi 22 Februari 2021. Marilah kita semua berdoa semoga calon SPM 2020 SMA Pulau Tawar dapat meraih kejayaan yang cemerlang...

Tag: # SPM2020

Papar Artikel

PERSARAAN CIKGU NORIATI BT AMINUDIN DALAM SUASANA PKPP

5 Februari 2021 | JUMAAT

JERANTUT : Pagi ini , 5 Februari 2021 merupakan hari terakhir perkhidmatan seorang guru yang telah banyak menabur bakti di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Beliau ialah Cikgu Noriati Binti Aminudin. Satu majlis ucapan jasamu dikenang telah diadakan di ruang khas pejabat Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar. Beliau diberikan kesempatan menyampaikan ucapan dan nasihat kepada semua warga sekolah menggunakan kemudahan siar raya sekolah. Ucapan beliau juga telah diikuti...

Tag: # Persaraan Cikgu Noriati Aminudin

Papar Artikel

PERSARAAN USTAZ AHMAD BAKHTIAR DAN USTAZAH ASIAH DIRAIKAN DALAM SUASANA PKPP

10 Julai 2020 | Jumaat

JERANTUT : Dua orang guru bersara telah diraikan di Majlis Keraian Persaraan SM Agama Pulau Tawar. Ketibaan Ustaz Ahmad Bakhtiar bin Yahya dan Ustazah Asiah binti Mat Zaki telah disambut oleh Pn Pengetua serta Guru-guru Penolong Kanan dengan iringan bunga manggar yang dibawa oleh murid-murid sekolah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua murid tingkatan 4 dan 5 serta guru-guru . 

Pn. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Bakhtiar dan Ustazah Asiah...

Tag: #norma baru pkpp