majlis muafakat
19 Jan. SMA Pulau Tawar dengan kerjasama PIBG sekolah mengadakan Majlis Muafakat 2018. Program ini menemukan pentadbiran sekolah, PIBG dan ibu bapa dengan tujuan perbincangan bersama tentang strategi peningkatan akademik pelajar dan sumbangan ibu bapa dalam membantu menjayakan program-program yang dirancang pihak sekolah. Ibu bapa juga dapat memberi pandangan dan cadangan masing-masing selepas mendengar pembentangan program-program yang akan dilaksanakan di sekolah. (Gambar program)
...