Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

HIJRAH DAN SABAR DALAM MENUNTUT ILMU

2 Ogos 2022 | SELASA

Program ceramah Ma’al Hijrah telah berjaya dilaksanakan di surau SM agama Pulau Tawar. Ustaz Muhammad Rabani bin Mohd Shafie telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Hijrah Menuju Kejayaan”. Antara isi penting yang disampaikan adalah berkaitan pengorbanan seorang sahabat Nabi saw dalam menjayakan misi Hijrah baginda. Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi haruslah berhijrah dari tidak baik kpd baik dan kepada yang lebih baik kerana Allah SWT. Sebagai murid sekolah, perlu berhijrah untuk menuntut ilmu . Program ini telah dihadiri oleh semua murid asrama SMA Pulau Tawar beserta dengan guru warden asrama.

Tag: #HIJRAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini