Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

27050 Jerantut, Pahang

PRPROGRAM ZIARAH DAKWAH ADDAIE USTAZ HASSAN ALKAFF DARI MADINAH MUNAWWARAH

12 FEBRUARI 2019 | SELASA

JERANTUT: Alhamdulillah. Satu program dakwah yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang dengan Jabatan Agama Islam Pahang telah berjaya dilaksanakan di SM Agama Pulau Tawar pada hari ini. Program telah berjalan seawal jam 9.30 pagi di dewan sekolah dengan diawali ucapan daripada Dato' Sri Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, ( Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang ). 
 
Beliau menasihati pelajar-pelajar agar berusaha menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Selepas SPM, pelajar-pelajar akan mengambil STAM di Kuliah Pekan. Selepas itu pelajar-pelajar akan menghadapi Imtihan Kabul untuk meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir. Ilmu perlu dipelajario dengan bersungguh-sungguh.
 
Seterusnya program dilanjutkan dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Al-Habib Hassan bin Ahmad bin Muhammad bin Salim Al-Kaff yang didatangkan dari Madinah al-Munawwarah. Antara isi penyampaian beliau ialah kepentingan menuntut ilmu agama semenjak dari usia remaja. Alangkah ruginya orang yang telah berusia apabila mendapati diri masing-masing kurang berilmu dan tidak dapat menyumbang ilmu kepada masyarakat. Suasana meuntut ilmu ibarat seperti berada di taman-taman Syurga. Berusahalah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Antara ilmu yang perlu dikuasai adalah Bahasa Arab. Ilmu Bahasa Arab adalah kunci kepada gedung khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh para ulamak yang diwarisi daripada baginda Rasulullah saw.
 
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada para tetamu khas sekolah.

Tag: #program dakwah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini